🏡 Kisah Encik Faizal: Beban Hutang Ringan Lepas Refinance Rumah.
- Jacheal Lim
- Sep 17
- 2 min read
Ramai orang selalu risau pantal hutang - sama ada hutang kereta, kad kredit, atau personal loan. Tapi kisah Encik Faizal ni mungkin boleh jadi pengajaran untuk kita semua.
Hidup Dengan Hutang
Encik Faizal, seorang eksekutif di Kuala Lumpur, ada rumah yang dibeli sejak 15 tahun lepas. Masa muda dulu, dia banyak guna kad kredit untuk gaya hidup - perlancongan, shopping, makan luar. Akhirnya, hutang kad kredit mencecah puluhan ribu.
Setiap bulan, gaji dia banyak habis untuk bayar hutang minimum kad kredit dan loan lain. Tekanan makin bertambah sebab interest tinggi.

🔍 Jumpa Jalan Penyelesaian
Satu hari, kawan dia cadangkan untuk cuba refinance rumah. Mula-mula dia rasa mustabil: "Macam mana nak lulus kalau hutang banyak?" Tapi lepas semak dengan bank, rupanya rumah yang dia beli dulu dah naik nilai hampir dua kali ganda.
💡 Apa Yang Dia Buat
Dengan cadangan dengan kawannya, Encik Faizal berjumpa dengan Impian Gemilang untuk dapatkan nasihat refinance. Selepas buat semakan, dia layak untuk refinance rumahnya.
Melalui proses refinance bersama Impian Gemilang, Encik Faizal dapat lebihan tunai. Dia terus guna duit tu untuk settle hutang kad kredit dan personal loan sekali gus. Sekarang dia hanya ada satu komitmen - bayaran bulanan rumah dengan kafar faedah jauh lebih rendah.

🎉 Hidup Lebih Tenang
Selepas refinance, bayaran bulanan jadi lebih ringan. Encik Faizal boleh tarik nafas lega, tiada lagi stress tiap bulan fikir hutang kad kredit. Malah, dia mula ada lebihan untuk simpanan kecemasan.
📌Pengajaran Dari Kisah Ini
Refinance boleh jadi jalan keluar dari hutang faedah tinggi.
Nilai rumah yang meningkat sebenarnya boleh jadi penyelamat kewangan.
Jangfan tunggu sampai hutang menjerat, lebih baik ambil tindakan awal.






Comments