top of page

Apa itu DSR dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Permohonan Refinance?

  • Feb 26
  • 2 min read

Apabila memohon refinance rumah, salah satu faktor utama yang sering dinilai ialah DSR. Namun, ramai pemilik rumah tidah benar-benar memahami apa itu DSR dan bagaimana ia mempengaruhi kelulusan permohonan.

Memahami konsep ini boleh membantu anda membuat persediaan yang lebih baik sebelum menghantar permohonan refinance.


Apa itu DSR?

DSR ialah singkatan kepada Debt Service Ratio.

Secara ringkas, DSR merujuk kepada nisbah antara jumlah komitme bulanan seseorang dengan pendapatan bulanannya.

Ia digunakan untuk menilai sama ada membuat persediaan yang lebih baik sebelum menghantar permohonan refinance.


Bagaimana DSR Dikira?

Walaupun formula sebenar mungkin berbeza mengikut institusi kewangan, secara umum DSR mengambil kira:

  • Bayaran rumah

  • Pinjaman peribadi

  • Pinjaman kenderaan

  • Kad Kredit

  • Komitmen lain


Jumlah Komitmen ini dibandingkan dengan pendapatan bulanan untuk menentukan tahap kemampuan kewangan.

Semakin tinggi DSR, semakin tinggi risiko yang dilihat.



Kenapa DSR Penting Dalam Refinance?

Walaupun pemilik rumah tidak pernah lewat membuat bayaran, DSR yang terlalu tinggi boleh memberi kesan kepada permohonan refinance.

Ini kerana bank bukan sahaja melihat rekod pembayaran, tetapi juga keseimbangan keseluruhan antara pendapatan dan komitmen.

Sekiranya komitmen terlalu tinggi berbanding pendapatan, permohonan mungkin menjadi lebih sukar.


Bolehkah DSR Diperbaiki?

Dalam banyak kes, struktur kewangan boleh dinilai semula untuk melihat sama ada terdapat ruang penambahbaikan.

Antara perkara yang biasanya dinilai termasuk:

  • Komitmen yang boleh disusun semula

  • Hutang jangka pendek yang membebankan

  • Struktur bayaran yang tidak lagi sesuai

Langkah pertama ialah memahami kedudukan sebenar sebelum membuat sebarang permohonan.


Bila perlu Menilai DSR Anda?

Penilaian DSR biasanya penting apabilah:

  • Komitmen semakin bertambah

  • Ingin membuat refinance

  • Permohonan pernah ditolak sebelum ini

  • Aliran tunai terasa ketat

Memahami DSR lebih awal megelakkan permohonan ditolak tanpa sebab yang difahami.


Kesimpulan

DSR memainkan peranan penting dalam menentukan kelayakan refinance. Ia bukan sekadar tentang jumlah pendapatan, tetapi tentang keseimbangan antara pendapatan dan komitmen.

Dengan memahami konsep ini, pemilik rumah boleh membuat keputusan yang lebih terancang sebelum mempertimbangkan refinance.







Impian Gemilang

Pakar Refinance & Penyusunan Komitmen Rumah

Semak awal disediakan



 
 
bottom of page