top of page

Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Refinance Rumah

Ramai orang teruja nak buat refinance rumah, tapi bila sampai ke fasa dokumen, mula kelam-kabut šŸ“‚. Sebenarnya, kalau dokumen lengkap dari awal, proses refinance boleh jadi lebih cepat dan senang. Jom tengok senarai dokumen wajib dan tambahan yang biasanya diperlukan oleh bank.


ree

1ļøāƒ£ Salinan Kad Pengenalan (IC)

  • Untuk pengesahan identiti pemohon.

  • Jika ada penjamin (guarantor), salinan IC mereka juga diperlukan.


2ļøāƒ£ Slip Gaji Terkini (3 Bulan)

  • Untuk pekerja bergaji tetap.

  • Bank nak lihat pendapatan konsisten setiap bulan.

  • Jika ada elaun tetap, ia juga akan diambil kira.


3ļøāƒ£ Penyata KWSP

  • Bukti pendapatan tahunan dan caruman KWSP.

  • Bantu bank nilaikan tahap kewangan jangka panjang.


4ļøāƒ£ Penyata Bank (3-6 Bulan)

  • Untuk sahkan aliran kewangan.

  • Bank akan semak komitmen lain (hutang kereta, kad kredit, personal loan).


5ļøāƒ£ Dokumen Berkaitan Hartanah

  • Salinan Perjanjian Jual Beli (SPA)Ā rumah.

  • Salinan Perjanjian PinjamanĀ sedia ada.

  • Salinan Title DeedĀ (jika ada).

  • Penyata baki pinjaman rumah daripada bank sekarang.


6ļøāƒ£ Dokumen Tambahan (Jika Peniaga/Self-Employed)

  • Penyata bank syarikat (6–12 bulan).

  • Borang B cukai pendapatan (LHDN).

  • SSM Form / Lesen Perniagaan.


ree


šŸ”— TIPS Untuk Permohonan Lebih Lancar

  • Sediakan semua dokumen dalam softcopy & hardcopy.

  • Pastikan dokumen terbaru (jangan lebih 3 bulan).

  • Double check nama, nombor IC & alamat betul.


Kesimpulan

Proses refinance rumah memang nampak leceh sebab banyak dokumen, tapi bila anda tahu apa yang diperlukan, semuanya jadi lebih mudah.

āœ… Nak senarai penuh dokumen mengikut situasi anda? Kami boleh bantu semak sebelum hantar ke bank.


šŸ”— FAQ Ringkas Tentang Dokumen Refinance Rumah

Q: Boleh ke mohon tanpa slip gaji

Ya, tapi biasanya lebih susah. Bank akan minta dokumen lain seperti penyata bank & cukai.

Q: Kalau rumah masih under construction, boleh refinance?

Biasanya tak boleh, mesti rumah siap & ada loan aktif.

Q: Berama lama nak tunggu selepas submit dokument

Kalau lengkap, biasanya 1–3 bulan.

Q: Min berapa tahun rumah boleh refinance?

8 tahun

Q: Kalau ada hutang lain (kereta / personal loan), adakah bank masih terima refinance?

Ya, boleh. Bank akan kira Debt Service Ratio (DSR)Ā untuk pastikan bayaran bulanan anda masih mampu ditanggung. Selagi DSR dalam had yang ditetapkan, anda masih berpeluang lulus refinance.

Q: Boleh tak refinance rumah walaupun masih ada baki hutang yang banyak dengan bank sekarang?

Boleh. Refinance bermaksud anda ambil pembiayaan baru untuk tutup hutang lama. Walaupun baki hutang masih tinggi, selagi nilai rumah mencukupi (market value lebih tinggi daripada baki hutang), anda masih layak untuk refinance.


Ā 
Ā 
Ā 

Comments


bottom of page