"Kenapa hutang aku makin meningkat walaupun bayar rumah setiap bulan?"
- Jacheal Lim
- Nov 23, 2023
- 2 min read
Updated: Apr 14

"Dah bayar loan rumah lebih 10 tahun, tapi bila check baki pinjaman, hutang makin meningkat bukan makin kurang! Pening kepala dibuatnya!"
Pernah dengar kes macam ni?
Sebelum tu, mesti ramai yang tak sangka benda ni boleh terjadi, kan? Sebenarnya, situasi macam ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang pernah tertunggak bayaran rumah lebih daripada beberapa bulan. Dalam erti kata lain, keadaan ni bukanlah sesuatu yang jarang berlaku, terutamanya bila tindakan undang-undang telah diambil terhadap rumah tersebut. Caj kelewatan akan dikenakan, menyebabkan kadar faedah meningkat. Akibatnya, hutang jadi seolah-olah langsung tak berkurang walaupun dah bayar bertahun-tahun.
Memang pening kepala dibuatnya!
Jadi, kalau anda pernah ada tunggakan atau rumah pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh bank, saya sarankan anda segera semak baki pinjaman rumah anda. Tak mustahil perkara sama boleh berlaku tanpa disedari.
Ini terjadi kepada Puan Alia, 45 tahun, di mana jumlah hutang rumahnya kini lebih tinggi daripada jumlah asal yang dipinjam ketika beli rumah dulu, walaupun dah membayar selama lebih 10 tahun!
Pada awalnya, jumlah pinjaman rumah Puan Alia ialah RM83,500, tetapi selepas 10 tahun, baki hutangnya meningkat kepada RM86,753 walaupun bayaran dibuat setiap bulan. Kadar faedah yang dikenakan pula setinggi 7%, jadi tidak pelik jika ada tunggakan beberapa bulan, jumlah hutang boleh melonjak sebegitu tinggi.
Bayangkan, setiap bulan kita berjimat cermat, tahan nafsu belanja, terutamanya hujung bulan sambil tunggu gaji masuk, dengan harapan hutang makin kurang. Tapi rupanya, hanya kerana satu kesilapan kecil, Puan Alia terpaksa berdepan masalah ni.
Nak tahu cara selesaikan masalah macam ni? Nantikan sambungan kisah ini!

Puan Alia benar-benar risau dan tertekan dengan hutangnya yang semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan usianya yang makin meningkat. Ditambah pula dengan masalah kesihatan, kebelakangan ini dia menghadapi kesulitan kewangan yang cukup mencabar. Menurut Puan Alia, dia rasa hidupnya seolah-olah gelap seketika apabila mendapat tahu tentang hutangnya yang makin bertambah.
Sebelum ini, Puan Alia bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, akibat keadaan kesihatannya yang semakin merosot, dia terpaksa berhenti kerja kerana tidak lagi mampu memberi komitmen sepenuhnya. Dua kali sebulan, dia perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekarang, Puan Alia menjalankan perniagaan kecil secara dalam talian untuk menampung kehidupannya. Pendapatannya tidak tetap kerana bergantung kepada jumlah jualan setiap bulan. Mujurlah, Puan Alia telah selesai membayar pinjaman keretanya dua tahun lalu.
Seorang rakan mencadangkan supaya Puan Alia mempertimbangkan pembiayaan semula (refinance) pinjaman rumahnya. Namun, permohonannya ditolak oleh tiga buah bank di Malaysia. Rekod kredit yang tidak baik dan nisbah khidmat hutang (DSR) yang kurang memuaskan menyukarkan kelulusannya.
Pada awalnya, Puan Alia sukar percaya bahawa rekod CCRIS dan CTOS miliknya bermasalah. Dia yakin telah membayar semua komitmen bulanannya dengan baik selama beberapa tahun. Namun, Puan Alia mengaku bahawa dia pernah melalui krisis kewangan beberapa tahun lalu hingga menyebabkan dia gagal membayar pinjaman rumahnya, lalu dikenakan tindakan undang-undang. Selepas keadaan kewangannya kembali stabil, dia tidak lagi culas membayar komitmen bulanannya.
Setelah membuat semakan semula, rupa-rupanya Puan Alia masih mempunyai tunggakan kad kredit lama yang tidak diselesaikan! Inilah punca utama mengapa permohonannya untuk refinance rumah ditolak.
Bagaimana akhirnya Puan Alia berjaya mendapatkan pembiayaan semula rumah walaupun sudah tiga kali ditolak oleh bank? Nantikan sambungannya dalam Bahagian 2!






Comments