Kenapa Bank Tolak Permohonan Refinance?
- Jacheal Lim
- 5 days ago
- 2 min read

Ramai pemilik rumah berasa keliru apabila permohonan refinance mereka ditolak oleh bank. Walaupun bayaran rumah dibuat tepat pada masanya, penolakan tetap boleh berlaku. Situasi ini sering meimbulkan persoalan:
apa sebenarnya yang dilihat oleh bank?
Memahami sebab di sebalik penolakan membantu pemilik rumah membuat persediaan yang lebih baik sebelum mencuba lagi.
🔹 Struktur Kewangan Tidak Seimbang
Salah satu sebab utama permohonan ditolak ialah struktur kewangan yang tidak seimbang. Walaupun pendapatan mencukupi, komitmen bulanan yang tinggi boleh menyebabkan bank melihat risiko yang lebih besar.
Bank bukan sahaja melihat jumlah pendapatan, tetapi juga bagaimana ia diagihkan.
🔹 Komitmen Sedia Ada Terlalu Tinggi
Pinjaman Peribadi, kad kredit dan pembiayaan lain boleh memberi kesan kepada penilaian bank. Walaupun bayaran dibuat dengan baik, jumlah komitmen yang terlalu besar berbanding pendapatan boleh menjejaskan kelayakan refinance.
Ini adalah antara faktor yang paling kerap disalah fahami.

🔹 Maklumat Kewangan Tidak Lengkap
Permohonan refinance bergantung kepada maklumat yang diberikan. Jika terdapat kekurangan atau ketidaktepatan dalam dokumen kewangan, bank mungkin tidak dapat menilai situati sebenar dengan jelas.
Dalam keadaan ini, penolakan berlau bukan kerana tidak layak, tetapi kerana maklumat yang tidak mencukupi.
🔹 Pendekatan Permohonan Tidak Sesuai
Tidak semua kes sesuai dengan pendekatan yang sama. Struktur permohonan yang tidak selari dengan latar belakang kewangan pemilik rumah boleh menyebabkan bank melihat risiko yang lebih tinggi, walaupun situasi sebenar mungkin lebih baik.
🔹 Faktor Penilaian Risiko
Bank menilai setiap permohonan berdasarkan risiko jangka panjang. Ini termasuk kestabilan pendapatan, sejarah kewangan dan keupayaan untuk mengekalkan bayaran dalam tempoh yang panjang.
Penilaian ini dibuat untuk melindungi kedua-dua pihak, bukan untuk menyukarkan pemilik rumah.
Kesimpulan
Penolakan permohonan refinance tidak bermaksud seseorang pemilik rumah tidak mempunyai pilihan. Ia biasabya menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara dalam struktur kewangan atau pendekatan permohonan yang perlu disesuaikan.
Dengan memahami sebab-sebab ini, pemilik rumah boleh membuat persediaan yang lebih baik sebelum mencuba semula.





Comments